Wednesday 25 July 2012

Kari Ikan

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikumwarahmatullah.....

Hari ni, hr ke 5 puasa... Balik rumah tgk dlm peti ada hirisan ikan besar yg sahabat beli dr pasar tempoh hari...ummm.. maka Allah bg ilham supaya masak kari.... Subhanallah. Tiba2 rs teringin sgt nk mkn ikan masak kari. Terus ke pasa beli santan, daun kari, cili besar, dan bendi. Bhn2 lain dh ade kat umah. Aya pandai masak kari kepala ikan pun blajar dgn kakak Aya. Sebab tahun lepas Aya ada makan kari kepala ikan yg abg ipar Aya msak (abg ipar mmg pandai msk sbb pernah kerja jd chief). Aya terpikat dgn rs kari ikan tersebut terus aya mintak resepi dgn akak. Jadi, bila dh pandai msk kari ni, selalu lah Aya msk kari....heee :D inilah hasil hr ni utk juadah berpuka puasa. harap2, sahabat2 housemate aya suka.... (pd awlnya td mcm ade tersilap teknik skit. terlupa tumis daun kari skali dgn hawas yg lain..fiuhhh)


Kari ikan ini hari 

BAHAN: Bawang besar (mayang), Bawang putih (ketuk2), Halia (hiris halus2), Halba (rendam dulu sat), biji sawi, daun kari, serbuk kari, serbuk cili, santan,  air asam jawa, ikan besar, bendi, tomato, gula, garam.

1. tumis semua  Bawang besar (mayang), Bawang putih (ketuk2), Halia (hiris halus2), Halba (rendam dulu sat), biji sawi, daun kari sampai naik bau wangi.

2. masukkan serbuk cili dan serbuk kari yg sblmnya dh diletak air skit dn gaul. Tunggu sampai garing dan naik bau.

3. masuk air asam jawa. Pastu masuk santan.

4. dah menggeleak masuk ikan. masuk gula garam.

4. masuk bendi dan last skali tomato.

SIAP . ^____________^

Allah akan menguji pada setiap apa yang kita bicarakan...

Tuesday 24 July 2012

Susu Soya & Ayam Percik

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikumwarahmatullah....

Di bula puasa tahun ini, tiba2 aya teringatkan 2 juadah ni.... emm.....rindu sgt kat 2 juadah ni...dh lama aya tak merasa makan tu semua...sejak Aya duduk Sabah.....T_T.... bukan sebab keenakkan soya dan ayam percik tu, tp, ia punyai nilai tersendiri wat Aya......kenangan manis......dan kesedapan air tangan ibu..... Ya Allah..sungguh aku rindu kan semua itu........

Ramadhan pada tahun 2009, Aya dan Ma (ibu Aya) telah bersepakat nak berniaga kecik2 kat depan umah kami (betul2 depan jalan raya utama KL-KT). Aya hanya membantu Ma buat kuih Pulut Panggang, Kuih2 manis yang lain dan Ayam Percik. Abah Aya sediakan air tebu (kami tanam sendiri). Orang kampung suka air tebu kami sbb paling manis kat kg kami. Aya pulak masak susu soya. Aya buat perisa original dan perisa jagung (letak jagung manis). Itulah pengalama Aya berniaga dgn mak. Dah hampir 3 tahun Aya tak masak susu soya. Teringin pulak nak buat hari ni. Tp susah nk jumpa kacang soya....=( Susu soya adalah minuman feveret aya. Sbb ia byk khasiat. =). Seminggu sblm Raya Aidilfitri kami dh stop berniaga. Sbb Aya nak fokus pada 10 malam terakhir Ramadhan dan prepare utk Raya.... Mmg sgt penat berniaga rupanya yer.... Bila mlm, kdg2 tak tahan tumit kaki masa solat terawih. Sakit mencucuk2 sbb siangnya byk berjalan wat kerja. Tp Ma lg byk bergerak dn bekerja dr Aya. Tp sikit pun tak mengadu sakit kaki cam Aya. Itulah pengorbanan ibu dari kecik kan....cr duit tuk kuarga sampai diri dh kebal dengan rasa sakit dan penat.......=( semoga Allah merahmati ibuku......... T_T... Dengan berniaga tu Aya tk dpt byk untung pun, tp boleh lah buat blanja......pengalam tu yang penting......sgt bermakna dlm hidup ni....sejak hr tu, Aya dh tak berpeluang lg dh nk berniaga mcm tu....sbb skrg dh ade kerjaya sndiri..........balik kg pun 3 hari sblm raya.....=(

 ayam percik yang lazzzaaatttt



rendam kacang soya semalaman

mesin

perah

masak (letak daun pandan jugak)


***mai la masak susu soya sendiri. Jimat dan lebih sedap. InsyaAllah. :) ***




Allah akan menguji pada setiap apa yang kita bicarakan...

TAKLIM

Bismillahirrahmanirrahim..


Assalamualaikumwarahmatullah....


Rumah yang didalamnya terdapat majlis ta'alim, bermakna rumah tersebut mewarisi pusaka Rasulallah saw. Barangsiapa yang mewarisi pusaka Rasulallah saw, maka akan diturunkan rahmat dan barakah, ketenangan dan ketenteraman akan terwujud di rumah tersebut.

Rumah yang diadakan majlis ta'alim di dalamnya akan dikunjungi oleh para malaikat. diturunkan taufiq,hidayah serta rahmat. Segala amal buruk. kegelapan, ketegangan akan dijauhkan dari rumah tersebut. Amalan ta'alim akan membawa cahaya dan akibatnya, kehidupan suami, isteri dan anak-anak akan damai.

Langkah-langkah yang harus dilakukan agar terwujud Majlis Ta'alim di rumah kita:

1. Suami isteri dan keluarga bermusyawarah agar semua memahami betapa penting dan mulianya majlis ta'alim ini.
2. Tentukan waktu untuk ta'alim. Waktu yang terbaik untuk ta'alim adalah jika semua ahli keluargasedang berkumpul.
3. Melaksanakan ta'alim di tempat yang istiqamah.
4. Bawa adab-ada majlis dengan sempurna seperti duduk iftirasy, menutup aurat,berwudhuk dan sebagainya.
5. Buku yang dipergunakan adalah kitab Fadhail A'mal.
6. Waktu untuk ta'alim dirumah adalah tidak terhad sekurang-kurangnya 30minint sehari.

Jika kita dapat membentuk majlis ta'alim dirumah itu bererti ada ciri-ciri sunnah Rasulallah saw dan para sahabat di dalam rumah kita. Insyaallah, sebagaimana Allah swt mendidik mereka, begitu juga Allah swt akan mendidik kita. Segala sifat yang ada pada diri mereka sedikit-sedikit akan kita miliki.

Tujuan diadakan Majlis Ta'alim:

1. Tujuan kita mengadakan Majlis Ta'alim adalah semata-mata untuk mengingati Allah swt dan mendapat keredhaanNya.
2. Untuk menghidupkan sunnah Rasulallah saw yang menjadi asbab kejayaan kita di dunia dan akhirat. Sunnah itu bukan hanya kita pelajari, tetapi untuk kita amalkan dalam kehidupan sehari-hari.
3. Apabila kita sering duduk di dalam majlis ta'alim Fadhail Amal. maka kita akan rasa ghairah untuk mengamalkan agama.
4. Majlis ta'alim menghubungkan ilmu kita yang sedikit ini dengan ilmu Allah swt Yang Maha Luas.
5. Supaya kita dapat luangkan waktu untuk belajar agama.
6. Supaya kita dapat memiliki fikir dan risau seperti yang dimiliki oleh suami-suami kita. Dengan demikian, sepasang suami isteri akan memiliki fikir dan risau yang sama.
7. Untuk mengetahui segala perintah Allah swt dan Sunnah2 Rasulallah saw serta alam akhirat.
Untuk menghubungkan ilmu dengan amal.
8. Untuk memasukkan Nur kalamullah dan Nur sabdaan Rasulallah saw ke dalam hati kita.

Keutamaan Majlis Ta'alim 
Sebuah hadith menyebutkan yang ertinya "Dari Abu Hurairah ra, sesungguhnya Rasulallah saw bersabda, " Tiadalah berkumpul suatu kaum di dalam rumah-rumah Allah (masjid) untuk membacakan kitab Allah, saling mengajarkan sesama mereka, melainkan diturunkan kepada mereka sakinah, diliputi oleh rahmat, dikerumuni oleh para malaikat, dan mereka akan disebut oleh Allah dalam majlis para malaikat yang berada di sisiNya." ( hadith riwayat Muslim, Abu Daud)


Ada banyak sekali kelebihan yang akan kita peroleh apabila mengadakan majlis ta'alim, di antaranya majlis ini merupakan majlis ampunan dosa-dosa pesertanya akan digantikan dengan kebaikan. Walaupun seseorang hanya kebetulan saja menghadiri majlis yang di dalamnya disebutkan nama Allah swt, orang itu tetap akan diampuni seperti yang lain. Allah swt akan menurunkan rahmatNya kepada setiap peserta majlis ini. Ada 4 tempat di muka bumi ini yang Allah swt senantiasa menurunkan rahmatNya:
1- Masjidil Haram
2- Makam Rasulallah saw
3- Pada bulan Ramadhan
4- Majlis-majlis yang di dalamnya disebut nama Allah.

Jika kita senantiasa menghadiri majlis ta'alim, maka kita akan mendapat perbaikkan 5 aspek agama dalam kehidupan kita iaitu:
1- Imaniyah
2- Ubudiyah
3- Muammalah
4- Muasyarah
5- Akhlak

Kita juga akan mendapatkan sakinah atau ketenangan jiwa. Sebuah majlis ta'alim dapat menghapuskan 100 majlis lalai iaitu majlis yang tidak diingat nama Allah swt di dalamnya. Para malaikat akan melihat tempat-tempat majlis ta'alim seperti manusia melihat bintang-bintang bercahaya di langit. Sesaat saja duduk di majlis ta'alim, pahalanya lebih baik daripada berziarah kepada 100 orang pesakit. Majlis ta'alim juga lebih mulia daripada menghantarkan 1000 jenazah ke perkuburan. Apabila kita keluar rumah untuk menuntut atau mengajar ilmu kerana Allah swt, maka, 70 000 malaikat akan menghamparkan sayapnya dibawah kaki kita dan semua makhluk Allah swt yang berada di bumi, udara, lautan akan memohon ampunan untuk kita.

Rasulallah saw bersabda bahawa majlis ini merupakan kebun-kebun syurga. Majlis ta'alim juga merupakan pusaka warisan Rasulallah saw. Dan rumah yang didalamnya diadakan majlis ta'alim, maka rahmat dan keberkatan akan datang, sakinah. ketenagan, serta ketenteraman akan terwujud.
Amiinn




***semoga dapat menyambung pusaka Rasululullah SAW kelak....InsyaAllah***






Allah akan menguji pada setiap apa yang kita bicarakan...

Tuesday 10 July 2012

Jalan-jalan ke TANJUNG SIMPANG MENGAYAU

Assalamualaikumwarahmatullah.....

Masa cuti raya cina tahun 2012 br2 ni, Aya dan sahabat2 (semua perempuan) terdekat luangkan masa sama2 pg ke Tanjung Simpang Mengayau yg terletak di Kudat Sabah. Em....mmg eksaited nk pergi sana sbb di sana adalah tempat pertemuan antara laut china selatan dan laut sulu. Tgk gambar bawah ni. Kat anak panah tu la Simpang Mengayau. Kami pg naik kenari je seramai 5 orang. Perjalanan mengambil masa hampir 4 jam sebab jalannya agak teruk. Kami bawa bekal makanan dr rumah tp sampai saner, mee goreng dh basiiii...tak dak rezeki nak wat cemaner kan...so,, terpaksa cr kedai makan di bandar kudat tuk makan....tu pun dh petang, on de way balik umah... dlm perjalanan balik umah pulak, kenari kehabisan minyak....punya lah susah nk cr stesen minyak kat sana......bila jumpa stesen minyak, minyak pulak habis....tp Alhamdulillah,,, ade kawan yg lead kami tu ade sedara yg tinggal di kudat. So,,, terpaksa la wat muka tak malu call sedara dia minta tolong belikan minyak...hihi......serik...serik...Em..rasanya, ini kali pertama dan kali terakhir kot Aya pergi sana.....sbb tak sanggup dgn perjalanannya.......tp,, dia punya view sgt cantik.....betapa indahnya alam semesta ciptaan Allah..dan bertapa rasa kerdilnya diri ini disamping Allah...Subhanallah.......sungguh menyentuh hati.....;)











Allah akan menguji pada setiap apa yang kita bicarakan...

Sayur Lemak Lobak Putih

Ini antara sayur kegemaran Aya sebab nak buatnya sgt simple, cepat tp sedappp. Antara masakan yg dimasak lepas balik keje. Bila badan penat, masa terhad, inilah jd pilihan. =D

resepi tulih kedian. *mood masih mls*

hihi

Allah akan menguji pada setiap apa yang kita bicarakan...

Kuih Cek Mek Molek


siap digentel dan tunggu msa untuk di goreng....

sudah sedia untuk minum petang... :)

Allah akan menguji pada setiap apa yang kita bicarakan...

Ketupat sotong



Allah akan menguji pada setiap apa yang kita bicarakan...

Sarok Lada


Post gambar je dulu....resepi kedian ye.........mood malas, hihi

Allah akan menguji pada setiap apa yang kita bicarakan...

Udang Galah Masak Lemak Cili Api


Assalamualaikum....

Sedapnyeeeerrrr! =D
Udang ni Aya amik yg saiz sederhana, then masak lomak.

*malas nak taip resepi. lagipun ramai yg dh tau camno nk masak lomak kannnnn*

hihi

Allah akan menguji pada setiap apa yang kita bicarakan...